Sunday 4 November 2012

Merenung Sejenak.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa dosa yang dilakukan. Ketika harapan dirasakan tiada lagi.

Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara MANUSIA dengan ALLAH. Bila bila masa masa saja siapa saja insan itu, di mana saja dia berada, bangsa apa dia, keturunan apa dia, siapa makbapaknya, siapa saja datuk neneknya, jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla atau kembali kepada Allah maka tidak pernah ada halangan.

Allah berfirman dalam Surah Azzumar, ayat 53 .
'Beritahu hamba hambaku yang mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah. jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah, Allah mengampunkan segala dosa'

Ketika diri tiada tempat untuk meluah melepas segala resah dalam jiwa,

Nabi Muhammad bersabda 'sesiapa yang tutup aib orang muslim Allah tutup aib dia dunia dan akhirat' termasuk muslim itu diri dia sendiri.

ada orang datang jumpa Nabi, Ma'iz bin Malik, datang kepada Nabi, dia berzina! lalu dia berkata, 'Aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku'. Nabi tak tengok dia, Nabi pusing. Nabi bagi isyarat, Ma'iz pergilah, tapi Ma'iz kata juga, 'Aku zina wahai Rasulullah, bersihkan aku'. Rasulullah cuba bagi pengecualian kepada dia, Rasulullah kata, 'boleh jadi kau cium Ma'iz, boleh jadi kau raba raba sahaja', Ma'iz menjawab, 'Aku berzina Rasulullah, takkan kau tak tahu aku berzina'. Dia nak hukuman, maka hukuman dijalankan.

Islam suruh tutup keaiban diri, Islam suruh manusia baiki diri dia, bila bila masa sahaja, Islam tak suruh dia pergi buat pengakuan untuk ceritakan keaiban diri sendiri. Istighfar pada Allah, balik pada jalan Allah, minta ampun kepada AllahPintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk dia mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu malam. Dan dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk dia mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu siang.

Usah berputus asa dengan rahmat Allah. Teruskan perbaiki diri. Islam, seluas luas pintu di dalam ajaran Islam adalah pintu TAUBAT,


Allah menyatakan, 'Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit, kemudia engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku, Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli'. 'hambaku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampun dosanya dan boleh bertindak padanya, aku ampun dia'.  


Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,

Apabila orang nak kembali kepada Allah, Allah tak pernah tanya bapa kau siapa, mak kau siapa, datuk kau dulu siapa. tidak! Abu Jahal perang Nabi, memerangi Nabi, anak Abu Jahal, Ikrimah masuk Islam, sahabat Nabi dan terbilang sebagai orang yang dekat dengan Nabi. Manusia yang tampil menentang Nabi, lagi Allah terima taubatnya, inikan pula manusia jalanan walaupun kita kata benda itu tidak baik, dia berzina, dia minum arak tapi kalau dia nak balik kepada Islam, tidak pernah ada halangan antara dia dengan Allah, sama sekali tidak ada.

Hanya kepadaNya kita sembah, Hanya kepadaNya kita memohon,

'Kamu doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin kamu akan diterima'. 
'Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa', dia tak terima'.

Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah, ayat 186,
'Bila hamba hambaku bertanya engkau wahai Muhammad tentangku, maka sesungguhnya aku dekat, Aku menyahut doa orang yang berdoa kepadaku hendaklah mereka menyahut seruanku dan beriman kepadaku mudah mudahan mereka mendapat petunjuk'. Semua doa menjelma melainkan hamba itu tidak berdoa bersungguh sungguh.

Kita seringkali terlupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan,  Apabila Allah perkenankan sesuatu hajat, dia perkenankan dalam pelbagai rupa.

Teruskan mengharap dengan Tuhanmu. Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Allah perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu. Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia tak bagi, tentu dia bagi. 

Yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri. Ajaib hidup ini dengan doa, kalau fikir kerana doa kita doa, entah berapa banyak dalam kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa, kita sangka macam kita tidak boleh keluar, padahal harini kita dapati, berapa banyak kesudahan yang telah kita rentasi.

Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kepada Tuhan tidak pernah tertutup.
Muslim, nak taubat kepada Allah tak perlu isytihar diri, nak minta kepada Allah juga tak perlu perantaraan.

Wallahu'alam :)