Saturday 29 December 2012

Ayuh ! Kau Pemuda.


Syabab,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan,
Wahai Syabab,
Ketekunanmu mengoborkan cita citamu,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan.
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh ! Syabab.







Monday 17 December 2012

Ya Allah Permudahkanlah Segalanya.

Bismillahirrahmanirrahim.


Kenapa susah nak jadi baik sedangkan begitu senang menjadi jahat ? hm
Kenapa susah nak lawan nafsu sedangkan mudah tunduk dengan nafsu ? hm
Kenapa malu untuk berubah sedangkan tak malu buat kemungkaran ? hm

Ya Allah kau ampunilah dosa kami. Sesungguhnya kami hambaMu yang mudah leka dan selalu berbuat dosa.

Pernahkah kita terfikir satu hari nanti bila ajal menjemput kita, apakah kita bersedia ?
Jika sekarang berani menjawab sesama manusia bila ditegur melakukan kemungkaran, apakah kita berani menjawab dengan Allah sebegitu ?
Kadangkala kita beringat untuk beriman kepada Allah tapi syaitan. Ye syaitan telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Ya Allah :'(

Kadangkala tanpa kita sedar, syaitan bukan hanya menghasut kita melakukan kemungkaran, tetapi jugak menghasut kita supaya leka untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Besar.


Dalam waktu sekarang pelbagai cakap cakap manusia akan timbul bila kita berubah

'hek eleh dulu berantai apa semua, sekarang berkopiah bagai, kau ni buang tabiat ke apa'
'woi kau ni da nak mati ke apa tiba tiba nak berubah jadi baik'
'lek la dulu, kita remaja bro, lambat lagi nak mati'
'woi brader, waktu usia muda ni la kita nak enjoy segala'
'hang ni kalut la nak jadi baik pulak time time macam ni'

Sebab tu ramai orang kata , Hijrah daripada sesuatu kemungkaran kepada sesuatu kebaikan tak semudah yang disangka. Tapi mengapa pedulikan itu semua, perbetulkan niat kita. Berubah kerana Allah atau manusia ? Biar dibenci manusia tapi disayangi Allah, dari disukai manusia tapi dibenci Allah. Mana yang kita pilih ? Hm Kita manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi Allah belum menutupnya. Masih belum terlambat.

Jika ditanya kepada semua umat Islam, 'kamu mahu syurga atau neraka?' pasti SEMUA mahukan syurga. Tetapi apakah yang kita lakukan sekarang ini membawa kita ke sana atau lebih kepada sebaliknya. Hm kadangkala kita PERLU muhasabah diri. PERLU. Tak perlu sikit sikit

'eleh dia ni cakap orang dia pon sama'
'kau takyah nak ceramah kita orang kat sini la'
'kau nk tunjuk alim pulak, mcm kau dulu baik sgt'
'setakat tunjuk baik depan awek baik tak payah la wei'

Hm pedulikan apa kata mereka, pernah dengar peribahasa MULUT TEMPAYAN MUDAH DITUTUP, MULUT MANUSIA ? Kita da besar panjang. Da boleh fikir mana baik mana buruk. Tak perlu pertikaikan amalan orang lain. Kita masuk syurga nanti pon mungkin sebab nasihat dan teguran dia. Mana tahu. Kita hanya mampu menasihati. Manusia itu sendiri yang perlu muhasabah diri.


Akhir kata BERSUSAH SUSAH DAHULU, BERSENANG SENANG KEMUDIAN, BERMUHASABAH DIRI DAHULU, BARU SENANG MENJADI TARIKAN :)


Moga Allah Redha. Aamiin.




Sunday 4 November 2012

Merenung Sejenak.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa dosa yang dilakukan. Ketika harapan dirasakan tiada lagi.

Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara MANUSIA dengan ALLAH. Bila bila masa masa saja siapa saja insan itu, di mana saja dia berada, bangsa apa dia, keturunan apa dia, siapa makbapaknya, siapa saja datuk neneknya, jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla atau kembali kepada Allah maka tidak pernah ada halangan.

Allah berfirman dalam Surah Azzumar, ayat 53 .
'Beritahu hamba hambaku yang mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah. jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah, Allah mengampunkan segala dosa'

Ketika diri tiada tempat untuk meluah melepas segala resah dalam jiwa,

Nabi Muhammad bersabda 'sesiapa yang tutup aib orang muslim Allah tutup aib dia dunia dan akhirat' termasuk muslim itu diri dia sendiri.

ada orang datang jumpa Nabi, Ma'iz bin Malik, datang kepada Nabi, dia berzina! lalu dia berkata, 'Aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku'. Nabi tak tengok dia, Nabi pusing. Nabi bagi isyarat, Ma'iz pergilah, tapi Ma'iz kata juga, 'Aku zina wahai Rasulullah, bersihkan aku'. Rasulullah cuba bagi pengecualian kepada dia, Rasulullah kata, 'boleh jadi kau cium Ma'iz, boleh jadi kau raba raba sahaja', Ma'iz menjawab, 'Aku berzina Rasulullah, takkan kau tak tahu aku berzina'. Dia nak hukuman, maka hukuman dijalankan.

Islam suruh tutup keaiban diri, Islam suruh manusia baiki diri dia, bila bila masa sahaja, Islam tak suruh dia pergi buat pengakuan untuk ceritakan keaiban diri sendiri. Istighfar pada Allah, balik pada jalan Allah, minta ampun kepada AllahPintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk dia mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu malam. Dan dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk dia mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu siang.

Usah berputus asa dengan rahmat Allah. Teruskan perbaiki diri. Islam, seluas luas pintu di dalam ajaran Islam adalah pintu TAUBAT,


Allah menyatakan, 'Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit, kemudia engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku, Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli'. 'hambaku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampun dosanya dan boleh bertindak padanya, aku ampun dia'.  


Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,

Apabila orang nak kembali kepada Allah, Allah tak pernah tanya bapa kau siapa, mak kau siapa, datuk kau dulu siapa. tidak! Abu Jahal perang Nabi, memerangi Nabi, anak Abu Jahal, Ikrimah masuk Islam, sahabat Nabi dan terbilang sebagai orang yang dekat dengan Nabi. Manusia yang tampil menentang Nabi, lagi Allah terima taubatnya, inikan pula manusia jalanan walaupun kita kata benda itu tidak baik, dia berzina, dia minum arak tapi kalau dia nak balik kepada Islam, tidak pernah ada halangan antara dia dengan Allah, sama sekali tidak ada.

Hanya kepadaNya kita sembah, Hanya kepadaNya kita memohon,

'Kamu doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin kamu akan diterima'. 
'Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa', dia tak terima'.

Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah, ayat 186,
'Bila hamba hambaku bertanya engkau wahai Muhammad tentangku, maka sesungguhnya aku dekat, Aku menyahut doa orang yang berdoa kepadaku hendaklah mereka menyahut seruanku dan beriman kepadaku mudah mudahan mereka mendapat petunjuk'. Semua doa menjelma melainkan hamba itu tidak berdoa bersungguh sungguh.

Kita seringkali terlupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan,  Apabila Allah perkenankan sesuatu hajat, dia perkenankan dalam pelbagai rupa.

Teruskan mengharap dengan Tuhanmu. Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Allah perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu. Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia tak bagi, tentu dia bagi. 

Yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri. Ajaib hidup ini dengan doa, kalau fikir kerana doa kita doa, entah berapa banyak dalam kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa, kita sangka macam kita tidak boleh keluar, padahal harini kita dapati, berapa banyak kesudahan yang telah kita rentasi.

Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kepada Tuhan tidak pernah tertutup.
Muslim, nak taubat kepada Allah tak perlu isytihar diri, nak minta kepada Allah juga tak perlu perantaraan.

Wallahu'alam :)

Wednesday 26 September 2012

S A H A B A T


Bismillahirahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.


SAHABAT…
Tolong ingatkan aku..
Tentang aku beriman dengan Tuhan yang

satu iaitu Allah SWT,
Tentang Rasul pengutus yang mulia,
Tentang iman hari ini yang aku miliki, Yang dipertarungkan dengan siksa jasad dan
nyawa,  



SAHABAT…

Tolong ingatkan aku..
Tentang dosa dan pahala,
Tentang syurga dan neraka,
Tentang dunia ini sementara,

Tentang akhirat yg kekal selamanya,



SAHABAT….
Tolong ingatkan aku..
Tentang malaikat si pencatat amal,
Walau satu perbuatan tidakkan tertinggal,
Tentang malaikat penanya penyiksa di
kubur, Malaikat si penjaga neraka,
barangkali aku kan dihambat ke sana,
Malaikat si penyambut di syurga,
barangkali sedang menungguku dengan
senyum tawa... 


SAHABAT…
Tolong ingatkan aku..
Tentang mati yang pasti,
Esok hidup belum tentu lagi,
Mungkin sebentar lagi mati, tak boleh lari.. 


SAHABAT…
Tolong ingatkan aku..
Tentang kita adalah seorang,
Allah pemilik segala,
Tentang aku hamba yang hina semata,
Hamba tidak berdaya melainkan denganNya, 


SAHABAT…
Tolong ingatkan aku..
Tentang mulianya aku kerana Islam,
Berharganya aku kerana iman,
Terangnya jalan kerana Quran,
Dengan hadis, takkan sesat jalan. 


SAHABAT…
Tolong ingatkan aku..
Tentang ujian musibah hanya sementara,
Tentang nikmat-nikmat yang dititipkan
kepadaku
Tentang gembira yang aku mesti syukuri, Tentang perih derita, yang terdahulu. Tolonglah ingatkan aku..
Sebab aku selalu LUPA......




Saturday 15 September 2012

Sentuhan Kalbu

Bismillahirahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

bukan niat hati mahu pergi, tetapi fahamilah bahawa tugas kaum Adam tak semudah yang disangka, jika ilmu tak cukup di dada, bagaimana mahu membimbing kaum Hawa yang juga bakal penyeri hidup si kaum Adam,  duhai hati, bersangka baiklah kamu terhadap sesuatu keputusan yang insyaAllah akan memberi kebaikan kepada kita bersama satu hari nanti, kita mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukan, tapi ye, awak berhak bersuara dan saya hormat dengan apa yang awak suarakan. Hanya satu ku pinta, fikirlah secara positif tanpa mengirakan yang negatif supaya yang negatif itu tidak merosakkan pemikiran awak. Itu saja nukilan saya untuk awak. saya harap awak paham :') jaga hati jaga iman jaga diri. assalamualaikum.


Saturday 18 August 2012

Raya datang lagi ^__^

assalamualaikum kepada semua pembaca entri yang simple ini :) alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana kita akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI pada 19 Ogos 2012 :') tapi ramai jugak yang meratapi pemergian bulan mulia bulan Ramadhan , bulan pengumpul amalan . Sebulan menunaikan ibadah puasa mengajar kita erti sabar dalam menahan lapar dan dahaga dan juga segala galanya . semoga kita dapat lagi berjumpa dengan bulan Ramadhan hendaknya :) mudah mudahan . 

dengan ini saya sebagai pemilik blog ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan rakan saya dan juga yang mengenali diri ini . Salah dan silap harap diampunkan sekiranya ada terkasar bahasa , tercuit kat mana mana , terlebih bergurau senda , dan segalanya la :D hehe semoga raya kita dalam redhaNya , insyaAllah :)


Sunday 12 August 2012

Jodoh ditangan Allah SWT .

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh :)

Bismillahirrahmanirrahim

kehadapan bakal isteriku , insyaAllah kita akan dipertemukan oleh Allah SWT pada satu masa yang kita tidak ketahui , bersabarlah wahai bakal isteriku .

wahai bakal isteriku ,
aku tidak henti henti berdoa semoga Allah pertemukanku dengan seorang isteri yang dapat membahagiakan aku , sesungguhnya aset yang paling mahal bagi seorang lelaki adalah mendapat isteri yang solehah yang menjadi penyejuk mata pada dirinya. Satu hari nanti , aku akan menjadi suamimu , tegurlah daku jika aku tersilap, aku ingin menjadi seorang suami yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah sebagai ketua keluarga kelak , insyaAllah.

Bakal Isteriku ,
mari sama sama kita membina peribadi , memperdekatkan diri pada Allah SWT , menigkatkan lagi rasa cinta kepadaNya , jika hilang cintamu padaNya , maka hilanglah cintaku padamu , mari sama sama meletakkan cinta Allah SWT sebagai cinta yang paling utama , jangan berhenti berdoa.

Semoga Allah SWT Redha.

yang IKHLASBakal Suamimu :)

Saturday 11 August 2012

7 Petala Langit 7 Petala Bumi.

seroang pemuda yang banyak melakukan dosa telah memasuki sebuah masjid setelah dikejar oleh pihak polis kerana melakukan satu rompakan . di dalam masjid tersebut , didapati ada seorang pakcik yang sedang beriktikaf di dalamnya :) ketika pemuda itu mahu keluar dari masjid itu , dia ditegur oleh pakcik itu tadi.

PAKCIK : mana ada penjenayah masuk ke rumah Allah , yang masuk ke rumah Allah ini orang yang baik baik , orang yang mencari keredhaan Allah , orang yang menjunjung titah perintah , yang masuk ke rumah Allah ini , orang yang mahu membersihkan diri dan bertaubat kepada Allah , nak , sesiapa yang masuk ke rumah Allah ini sebenarnya adalah tetamu Allah , nak .

PEMUDA : saya ni jahat , ustaz . saya ni hina , ustaz . adakah Allah akan mengampuni saya , ustaz ? adakah Allah akan ampunkan saya , ustaz ?

PAKCIK : nak , sebesar mana pon dosa yang kita lakukan , sesungguhnya pengampunan Allah itu seluas langit yang tidak bertepi , seluas lautan yang tidak berperhujung , dengar ya , kalaulah jalan semua tertutup untukmu nak , carilah jalan Allah , nak .

PEMUDA : Allah :'(

PAKCIK : sabar ya nak , Ya Allah kau ampunilah dia , Ya Allah , berilah petunjuk ke jalan Mu , Ya Allah .


Ya Allah , kau dakap orang yang mendekatiMu , Ya Allah , kau sayang orang yang menyayangiMu , Ya Allah , kau sambut orang yang mendekatiMu , Ya Allah , terimalah aku menjadi hambaMu , Ya Allah :'(

Friday 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan :)

assalamualaikum semua pembaca islam , dan salam sejahtera kepada bukan islam :) ehh ada ke orang bukan islam nak baca post ni ehehe ada kot , mungkin :) 1st sekali saya sebagai pemilik blog ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA untuk tahun 2012 ni. Harapnya kita dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan sempurna dan mendapat keberkatan dariNya :') dan seperti yang kita ketahui bulan Ramadhan ni bulan penuh keberkatan dan bulan pengumpul pahala bagi kita kerana di bulan ini juga tiada gangguan syaitan , jin , iblis , dan seangkatan dengannya , jadi di sini lah masa yang sesuai untuk kita tingkatkan amalan kita untuk beribadah kepadaNya , insyaAllah :) mudah mudahan dengan berkat kesabaran kita mengharungi hari hari kita berpuasa ni , kita akan mendapat ganjaran yang setimpal dariNya , insyaAllah :)








ni yang paling penting ni , ramai yang lebihkan niat yang bawah tu je , hahaha


Sunday 6 May 2012

Blue Is The Colour , Football Is The Game

Chelsea is in 2 finals , yesterday they get 1 cup that is FA Cup ;) They beat Liverpool 2-1 to be the Champion . Next mission is for the Uefa Champion League .






Ramires , 1st goal Chelsea


Drogba , 2nd goal Chelsea 

Carrol , 1st goal Liverpool

 

bang bang , tak gol la bang :D semangatnya abg ni 

Lampard The Legend 

 De Metteo vs Daglish

FA Cup now at Stamford Bridge 






Superb Cech

'Chelsea da dapat 1 , team aku terkapai kapai lagi nak menang EPL :('
eh ? hahahahaha

Monday 30 April 2012

Clean :)


Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

saya tak menyokong mana2 pihak..saya harap masing2 dpt ambil ikhtibar..
insyaAllah, moga2 Allah merahmati kita semua. kalau kalian siarkan tentang nota ini, saya harap kalian rahsiakn identiti saya k..

apa yg baik dtg dri Allah..yg buruk dtg dri kelemahan dan ke khilafan diri saya sendiri..

terima kasih:) salam


#LuahanIniHanyaDiCopyDanDiPasteSahajaDiSini , bukan rekaan dari saya :)

Saturday 21 April 2012

HunggaHungga KRESMA 2012

assalamualaikum semua , harini 21/4/2012 merupakan pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Daerah Manjung untuk tahun 2012 :) SMK Seri Manjung menghantar 1 Platun Puteri sebagai wakil . Tetapi pada pagi hari pertandingan ni , hujan turun menyebabkan pertandingan terpaksa ditangguhkan dari jam 9 pagi ke 10 pagi , pada pertandingan kali ni , Platun perempuan yang bertanding adalah terdiri dari 7 buah sekolah , manakala platun lelaki hanya 3 buah sekolah sahaja yang menghantar wakil iaitu SMK TLDM , SMK ACS , SMK RAJA SHARIMAN :) 














Pertandingan dimulakan dengan platun perempuan . Sekolah Manjung diundi sebagai  pasukan yang keempat untuk persembahan kawad kaki ini . 









          semua debaran itu terlerai selepas selesai membuat persembahan tersebut 







lebih kurang jam 12 tengahari baru persembahan dari platun lelaki dimulakan , setelah selesai semua persembahan dalam lebih kurang jam 1tengahari , semua peserta diminta untuk berkumpul untuk kawad penutup dan upacara penyampaian hadiah :) naseb baek masa tu hari pon redup :D hehe semasa pengumuman pemenang , semakin berdebar debar jantung menantikan siapakah yang bakal memenangi pertandingan kali ni , dan seperti yang dijangka , SMK TLDM menjadi JOHAN sekali lagi :) dan SMK Seri Manjung hanya berpuas hati sebagai NAIB JUARA untuk tahun ni , walaupun hanya NAIB JUARA , kami tetap berpuas hati kerana sudah menampakkan peningkatan berbanding tahun tahun sebelumnya :)
















akhir sekali , beryukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi kami kejayaan pada hari ini , sekurang kurang penat lelah dan segala pengorbanan kami selama 2 bulan ini berbaloi dengan kejayaan pada hari ini , tahun lepas mendapat tempat ke 3 , tahun ini sebagai NAIB JOHAN , mungkin tahun depan rezeki kami untuk mendapat JOHAN , siapa tahu kan ? :) insyaAllah boleh dapat kalau usaha lebih sikit je lagi , btw TAHNIAH SEMUA :)

sekian terima kasih . terima kasih sudi melawat :)