Wednesday 20 November 2013

Kerana kau . . . .

Kawan.

Kadang kadang kau buat aku gembira.
Kadang kadang kau buat aku kecewa.

Mengapa kawan ?

Mengapa ?

Terkadang aku berfikir sejenak ,

'bukan semua orang kita suka dan begitu jugak tak semua orang suka kan kita'

tapi bukan kah kita kawan ?

tak suka, cakap terus.

Mungkin boleh diubah mana yang silap.

Kau pendam, aku tak tahu.

Dan secara terus kau mengajar aku jugak untuk memendam apa prasangka aku terhadap kau.

Mengapa ada tikam belakang dalam berkawan ?

Dan secara terus kau ajar aku untuk tikam belakang kawan juga.

Kengkadang aku menangis, aku sedih, aku tersentak.

Kenapa semua ni jadi dalam hidup kita berkawan.

Terkadang aku bertanya pada Allah,

'Apakah aku buat ini semua betul?'
'Apa kurang nya aku sehingga di makan kawan sendiri'

Setahu aku ciptaan Allah itu sebaik baik ciptaanNya,
Dan aku bersyukur.

Erm tak mengapalah,

Siapa aku untuk mengharap belas ihsan orang.

Kerana apa ?

Kerana kita ni hidup didunia cuma sementara,
Kita buat baik, InshaAllah dibalas baik,
Cuma mungkin bkn di dunia tapi di akhirat sana.

Dan begitulah jugak,
Kita buat jahat, pasti akan dibalas dgn balasan yang setimpal.

Takpelah kawan, aku sudah tawar hati.

Kerana apa ?
Kerana kita hanya kawan,

bukannya SAHABAT.


Tuesday 12 November 2013

Great moment !

Bismillahirrahmanirrahim....

Cuti semester politeknik sudah bermula, jadi terpaksalah membanting tulang mencari duit untuk perbelanjaan diri sendiri. Ecewah hahaha dan alhamdulillah rezeki tu da mula nampak bila Ayen ajak aku untuk buat job kt UiTM Seri Iskandar, Perak sempena Hari Konvokesyen UiTM ke 79.

Kami di invite oleh kawan Ayen dari Shah Alam yang mana mereka memerlukan orang untuk membantu mereka menjayakan satu job di sana nanti. Pagi jumaat tu seawal subuh kami bertolak ke Seri Iskandar dan berjumpa dengan crew dari Shah Alam yang seramai 8 orang tu. Then kami bergerak ke UiTM Seri Iskandar untuk memulakan tugasan kami.

Kami 10 orang ditugaskan untuk mempromosi kan gambar studio graduan bersama keluarga. Tugasan ni diketuai Syafiq Han dari Shah Alam. Sepanjang 3 hari kami di sini, pelbagai ragam graduan dapat dilihat dan yang paling jelas kelihatan 'excited' mereka untuk menerima diploma/ijazah mereka.

Berbalik kepada cerita kami 10 crew ni, heh kami yang pada mulanya tidak mengenali secara tiba tiba menjadi akrab dan rapat tambahan lagi bila memulakan operasi mempromosi/ mengedarkan pamplet berkenaan gambar studio tu. Kami bergerak secara berkumpulan sedangkan pada awalnya diarahkan untuk berpecah. Hahah

Sepanjang 3 hari kami disana, kami da macam lama kenal dengan gaya bersembang, gurau senda segala. Tapi bila time kerja, buat kerja. Hahah sambil kami berkerja, kami jugak sempat pergi melihat upacara penerimaan diploma/ ijazah di Pusat Islam kerana di situ dibukakan skrin gergasi untuk para keluarga yang tidak masuk ke dalam Dewan Seri Iskandar , dewan di mana majlis rasmi itu berlangsung.

Dan tiba pada hari terakhir, kami berasa sedikit sedih kerana terpaksa berpisah. Perkenalan kami di sini seperti sudah lama, tapi apakan daya masa memisahkan kita, kawan. InshaAllah ada masa kita akan berjumpa lagi. Mudah mudahan.





Ayen

Akil

 Siladziq (Ajib)

Ijat

















Thanks for this great moment, ladies and gentleman. See you later. Nice to meet all of u.


Monday 16 September 2013

Kerana kau seorang lelaki....

DULU,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki ramai Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
KINI,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh sedikit sekali,
Ramainya, boneka yahudi.

DULU,
Bila wanita dibawah jagaanya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
KINI,
Bila wanita di bawah jagaanya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

DULU,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
KINI,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembali lah lelaki ku,
Pada kelelakianmu,
Tidakkah kau mahu menjadi seperti lelaki dahulu,
Acuan madrasah rasul.

Thursday 21 February 2013

Kita Di Mana ? :(

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Suatu ketika, Muadz bin Jabal r.a mengadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya, "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t.: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba:18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian baginda dengan air mata.
Lalu menjawab,

"Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.."

Maka dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang-orang yang diwaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan di dalam perut mereka penuh berisi ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang-orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau yang lebih busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang-orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T., maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dengan keadaan terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka ini adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan mata berwarna biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur mereka dengan keadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEDUABELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang berseri-seri laksana cahaya bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan, "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih.."



Mudah mudahan kita ditempatkan di barisan terakhir iaitu di barisan ke-12 :) Aamiin.