Friday 25 April 2014

Terima Kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tak rasa macam da habis
Rasa macam baru memulakan perjuangan
Berkenalan dengan pelbagai jenis manusia
Yang perangai dan ragam jugak bermacam cara
Terima kasih, kawan.

3 tahun berbakti bersama
Menuntut ilmu selagi mampu
Mencipta sebuah kebahagiaan dalam sebuah keluarga
Susah senang dikongsi bersama
Terima kasih, kawan.

Suka duka dicipta
Tanpa rasa kita akan berpisah jugak pada suatu ketika
Mungkin ketika itu kita tak merasa
Kerana kita sedang merasa nikmat bahagia bersama
Terima kasih, kawan.

Sama sama senang sama sama susah
Dalam kelas bergelak ketawa bersama
Mengulang kaji bersama
Tak mungkin kenangan ini ku padam begitu saja
Terima kasih, kawan.

Berjuang hingga ke tiupan wisel yang terakhir
Bermain mati matian
Mengejar suatu kejuaraan
Membawa satu nama yang penuh kebanggaan
Walau terpaksa menempuh pergaduhan
Kita tetap juara dalam pertempuran
Alhamdulillah gembira mencapai kejayaan
Terima kasih, kawan.

Hari semakin suntuk
Hari menghitung hari sudah sampai ke penghujung
Hati berat ucap kata perpisahan
Tapi apakan daya masa terus berlalu pergi
Dan kita semakin matang
3 tahun pergi tanpa disedari
Terima kasih, kawan.

Satu pengharapan ku titis dalam hati
Moga persabatan ini jangan dibiarkan mati
Jangan sombong bila jumpa di luar nanti
Kerana kau sahabat sampai mati
Moga ukhuwah ini kekal ke Jannah ilahi
Terima kasih, kawan.

 Ku terima kekurangan mu
Dan aku tak akan mengeluh
kerana bagiku engkau lah kawanku.


Special thanks DAT'A batch june 2011 Politeknik Primer Ungku Omar untuk kenangan ini. 3 tahun bersama dalam satu kelas, byk suka duka dilalui bersama dan kita teguh berdiri bersama.

Terima kasih jugak buat pensyarah akademik kelas, Puan Hamidah Noor yang menjadi watak penting dalam menjaga kelas kami sepanjang 3 tahun ni. Seorang yang prihatin, bertanggungjawab, dan sporting terhadap anak buah dia yang agak agak nakal ni Hahaha terima kasih, puan.

Dear team futsal 4FlatVision, terima kasih untuk semua kejayaan yang dicipta bersama. Tak mungkin aku lupakan korang. Korang memang terbaik.

Dan kepada yang mengenali diri ini, terima kasih kerana sudi berkawan dan harap kita terus berkawan sampai bila bila.

Akhir kata, smoga kita sama sama berjaya di luar nanti dan berjumpa di hari konvokesyen ke 44 PUO tahun depan, inshaAllah. Namamu dalam doaku, sahabat.


#Np Westlife - Season In The Sun

No comments:

Post a Comment